masa itu masa laa....

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Kalendar 2010 telah kita gugurkan dari dinding-dinding rumah.
Bermula satu perkiraan baru tahun Masihi.
2011

Syoq ka sambut new year ni?.
Bak kata seorang Ustaz, menyesali realiti kini...
New year Masihi lebih seronok,
kondom boleh dibuang merata-rata.
Race moto.
Bersesak-sesak dalam konsert.
Sedangkan tahun baru hijrah hanya dihiasi dengan alunan nasyid dan ceramah sahaja.

Sedangkan semakin bertambah tahun, semakin berkuranglah umur kita.
Semakin jauh kita dari nikmat dunia, semakin dekat kita dengan kubur.
Tetapi bersediakah kita menghadapi sakaratul maut?.
Saya akui, yang saya sendiri masih tidak bersedia.
Di situlah lemahnya kita.
Takutkan mati, lebih teruk jika cintakan dunia.
Sedangkan kunci jihad adalah tidak takutkan mati.
Para Syuhada yang telah gugur syahid sentiasa bersedia jika perjuangan mereka menuntut pengorbanan nyawa.
Macam mana semangat jihad nak disematkan dalam jiwa kita sedangkan kita takutkan mati gara-gara kurangnya amalan.

Maka dengan itu, marilah sama-sama kita ubah apa yang tak baik,
dan istiqamah dalam amalan dan perjuangan kita.
Ingatkan saya jika saya terlanjur, sesungguhnya saya seorang hamba Allah yang selalu terlupa.
Tanggungjawab setiap dari kita sebagai Muslim menjadi dai'e dan duta Islam

Dunia, dunia gak, sujud jangan lupa.
pesanan buat diri sendiri dan semua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan