masa itu masa laa....

Khamis, 25 Jun 2009

cheerio


esok landmark buka kat kulim...mesti orang ramai punya...giant (pasaraya dalam landmark) dah wat promosi gila2...bapak lagi, aku nak p beli r pa yg patot...haha...pandai depa, orang dapat gaji baru buka...huhu...gawat2...memang kena pi naik moto la...tak pon gerek ka, mau kalau aku p naik kereta, pakai solat jumaat dalam landmark tu la...
Muslimin yang p landmark esok jgn lupa solat jumaat noh, esok buka pukui 8, sesudah suboh p trus la...haha...p potong reben, rasmi...haha...

tepat pada masanya la promosi ni...safe bajet aku sikit, nak p dok permatang pauh ja pon...tapi ari2 dok borong barang walaupun bukan kat borong man...

sabtu aku, boy, ngan adib dah tinggalkan kulim...so kepada tomi, syam, dan adam jaga kulim baik2...haha...terutamanya adam dan syam...haha...

lepas ni susah la nak online...huhu...kena bersungguh2, setalah lama otak berkarat, bukan karat biru naa....

k, selamat....salam

Selasa, 23 Jun 2009

Salam

setelah agak lama xtengok internet (tp tak brapa lama pn)...rindu pulak maklumat dari blogger2...tengok tv ja tak leh jadi...tak lama lg, lg susah nak online...coz dah nak pi blajaq...tapi dekat ja...tak pa la...haha...tahniah dan selamat kepada kawan2 yg dah sambung dan akan sambung...niatla belajaq dengan niat berjihad di jalan Allah...semoga perjuangan kita di berkati...bila dah berjaya, jgn lupa untuk teruskan perjuangan mencari keadilan dan kebenaran...sesungguhnya Allah bersama orang2 yg berjuang utk menegakkan agamanya, agama yg memperjuangkan keadilan dan kebenaran...

kepada para pengundi dan yang akan turun ke Manek Urai, selamat mengundi dan berjuang di sana...semoga ADUN yang dipilih ialah seorang yang bertanggungjawab dan beramanah....

lagi 1, kerajaan perpaduan xjadi dilaksanakan..la ni aku agak paham dengan kerajaan perpaduan...
kerajaan perpaduan ni selalu dibentuk apabila negara dilanda masalah seperti perperangan atau kemelesetan ekonomi yg teruk...selalunya kerajaan perpaduan bertahan dalam 1 penggal n something like dat la..semoga keputusan semua pemimpin adalah yang terbaik..
bersama memerangi Ah Long (menteri dlm negeri kata), rasuah, korup, dan jenayah(ragut dll)

Isnin, 15 Jun 2009

tak sokong

ni bkn post pasai politik...haha
aku panas betoi la wanita yang canang pasai masalah famili terutamanya perangai husband dia kat umum...
memang la kalau org lain yg dok cerita pasai laki dia kan...
tapi takkan nak solve prob tu melalui media kot?..
sebenarnya ada cara dalam Islam nak solve...

kalau bini buat perangai...
mula-mula laki kena tegur perangai bini tu...
contoh kalau bini xmau pakai tudung, nasihat dia...
bagi hadis sikit...
kalau keras pala gak,
pisahkan tempat tidur...
agak berat di situ...hehe
lawak2 gak, serius2 gak...kan
pastu kalau ketegaq lg org Kedah kata,
bru tibai...
tibai pn dgn buku or something yg ringan2...
juz bagi dia tau kata dia salah...
bukan dera ya...
satg pi tibai guna rotan jnoh...
jangan2...
kalau keras pala lagi,
baru jumpa kaunselor...
bukan guna media na...

kalau laki buat perangai...
pompuan try tegur,
then gtau kat mak ayah sendiri...
pastu gtau mak ayah mertua...
so depa akan cuba advise laki tu...
lagi bagus bila depa mai skali...
takkan pompuan nak pisah tempat tdoq??..kan
laki tuggu lagi, kawin lagi la...haha
ada hikmah Allah tetapkan peraturan..
Maha Suci Allah...

p/s- so tegakkan undang2 Allah di atas muka bumi...

Ahad, 14 Jun 2009

el-nino

el-nino dijangka akan sampai tahap klimax pada bulan Ogos...erm masa umat Islam mula berpuasa Ramadhan...jika betoi benda ni, makna kata kita kena berpuasa dalam keadaan yang panas...suhu maksimum purata waktu tu dalam 35 darjah celcius...panas la tu...tapi biasa la Ramadhan itu sendiri panas dan penuh dugaan...bagi orang yang tak puasa (puasa yang yok), pakai pi la tahun ni...panas besa pun dah terkandas...p0dah...pa punya pelaq...cam mana la puak-puak tu tahun ni...berubah la...rukun Islam tu...kalau posa jangan lupa sembahyang lak...

Khamis, 11 Jun 2009

kerajan perpaduan

terus terang aku habaq, xfaham btoi aku apa sebenaqnya kerajaan perpaduan tu?..
untuk mengelakkan kita terus pening ngan elak buat fitnah eloklah kita ikut nasihat Ust. Azizan ni.
artikel ni aku amek dari Kedah Lanie

Azizan - Jangan buat tafsiran melulu

Jangan buat tafsiran melulu

ALOR SETAR 10 Jun – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu ghairah dengan cadangan kerajaan perpaduan sehingga terkeliru dengan maksud Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak.

Katanya, sepanjang pengetahuan beliau yang menghadiri Muktamar Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi tidak pernah menyebut mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, beliau sendiri belum pasti mengenai maksud sebenar Presiden Pas itu dan akan mendapatkan penjelasan mengenainya pada mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur, esok.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terburu-buru menyatakan pandangan sementara mendapat butiran yang jelas mengenai maksud Abdul Hadi.

“Presiden kata bahawa Pas sentiasa sedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Kita berunding dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dulu dengan UMNO.

“Tapi bentuk kerajaan perpaduan ke, tak perpaduan ke saya tak tahulah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.


kita tunggu dan lihat ja...Tok Guru Abdul Hadi Awang tau la apa dia buat...moga-moga tindakan beliau adalah yang terbaik...kita mau negara kita elok dan diredhai Allah

Jumaat, 5 Jun 2009

50,000,000,000


gila ma....not 50000000000...berapa banyak kosong daa...tahap bilion ni....ni Jugoslavia punya not...tapi mungkin pendapatan perkapita depa tinggi...aku tak tau la...tanya orang yang tau la....harap-harap duit Malaysia tak jadi macam ni la...tp kalau main dengan rasuah tak mustahil...so perang rasuah habis-habisan...siasat semua tak kira kasta...dok bela buat pa puak-puak rasuah...sampah ja tu...sampah masyarakat.

Khamis, 4 Jun 2009

pentingnya JIHAD

MASJID BATU, 31/05/09



Perang Mut'ah adalah antara tentera Islam dan Rom.
pada perperangan ini tentera Rom mengaku kalah
kekalahan pihak Rom ini menyebabkan berlakunya Perang Tabuk.
Perang Tabuk menyaksikan tentera Islam diuji oleh Allah.
cuaca yang panas, jarak Tabuk yang jauh,
musim buah tamar masak pada waktu itu,
dan berdepan dengan tentera Rom yg kuat pada ketika itu.
Kaab berlengah ketika mana tentera Islam bersiap sedia.
maka bergeraklah tentera Islam ke Tabuk.
di tengah jalan ketika berehat sambil minum air,
Rasulullah menyedari ketiadaan Kaab.
Sahabat bertanya,
Rasulullah menyangka baik.
Rasulullah berkata mungkin Kaab akan datang nanti.
selesai perang di mana tentera Islam berjaya.
namun Kaab tidak juga datang.
maka tentera Islam bergerak pulang.
Kaab berasa takut.
83 orang tentera Islam tak menyertai perperangan tersebut.
termasuk 3 sahabat yang penting, Kaab, Hilal, dan Murarah.
jadi 3 orang sabahat ini lebih dilihat dengan lebih serius.
80 sahabat mengadap Rasulullah,
alasan mereka ialah mereka ingin membaiki rumah.
kemudian 3 sahabat tersebut pula berjumpa.
Rasulullah berkata, tunggulah dan tunggu ayat Allah.
beberapa hari keluar arahan supaya salam ketiga-tiga sahabat.
Kaab berasa sangat sedih kerana tiada orang ingin bercakap dengannya.
termasuklah sepupunya sendiri.
Hilal dan Murarah juga sedih tak terhingga.
namun meraka tetap tidak meniggalka sembahyang berjamaah.
hebat sungguh para sahabat.
mereka terus meminta ampun dari Allah.
sampai hari ke-40, datang utusan dari Allah,
di mana ketiga-tiga mereka disuruh pisahkan tempat tidur dengan isteri.
setelah lama bersedih,
hingga hari ke-50, Rasulullah memanggil mereka.
sesampai di sana Talhah menyambut Kaab sambil mengucapkan tahniah.
Rasulullah memberitahu bahawa taubat mereka telah diterima.
maka gembiralah mereka pada hari tersebut.
Kaab menginfakkan semua ladang kurmanya ke jalan Jihad.
kerana pohon kurma la beliau tidak ke medan Tabuk.
namun Rasulullah hanya membenarkan separuh.
separuh lagi untuk keluarga.
wallahua'lam

Isnin, 1 Jun 2009

Pilihan Raya tanpa Barisan Nasi0nal dan pondok panas

video

ni side mengkuang sampai Yayasan Aman ja...
jadi la kan...
haha...
TAHNIAH kepada DR Mansor kerana telah berjaya memenangi PRK Penanti...
Timbalan Ketua Menteri 1 tu...