masa itu masa laa....

Khamis, 12 Februari 2009

DAHAGI SINGAPURA 1915

Ustaz Nur Alam menyampaikan fatwa Khalifah Uthmaniah. Khalifah Uthmaniah mengeluarkan fatwa Jihad Akbar terhadap penjajah kerana budaya kuning yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan. Tentera British yang beragama Islam bangun menentang British selepas mendapat amanat tersebut. Penentangan yang pertama memihak kepada tentera British yang beragama Islam. British tewas. British memohon pertolongan, seorang yang berkedudukan di Tanah Melayu tampil memberi bantuan kepada pihak British. Akhirnya tentera British berjaya. Manusia yang memberi bantuan tersebut telah mendapat gelaran Sir

Tok Janggut yang menentang di Kelantan juga dikaitkan dengan Jihad Akbar tersebut. Beliau Syahid dalam mempertahankan Akidah dan kesucian Islam. Beliau dipilih oleh Allah untuk Syahid. Namun begitu jenazah Beliau diterbalikkan dan digantung selama 3 hari. Semoga roh dan jasad mereka yang mempertahankan kesucian Islam dicucuri Rahmat Allah, dan ditempatkan dalam kalangan Solihin. Al-Fatihah buat mereka.

lain-lain laman mengenai hubungan Turki-Tanah Melayu dan Dahagi
http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/06/13/kajian-hubungan-turki-tanah-melayu/

3 ulasan: