Dah lama dah tak usik blog ni.
Tetiba terasa nak tulis.hehe
Artikel ni untuk peringatan kita, terutamanya diri saya sendiri.
Kita manusia tak ingat waktu buat salah tu.
Dah buat baru menyesal.
Seperti yang kita tahu, kita dengar, kita baca, masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.
Tiap-tiap hari ada saja kes ni.
Sapa tak bimbang oii...
Ni kami anak-anak muda ni, nak dapat bini yang macam mana kalau suma yang ada dok buang bayi.
Lawak-lawak gak, tapi ni benda betoi.
Aku hormatilah keputusan kabinet pasai hukuman gantung sampai mati atau penjara 20 tahun bagi sapa yang buang bayi atau janin.
Tapi lepas sehari, pengumuman tu dibuat, ada lagi bayi dibuang.
Sikit pon depa tak goyang, tak gentar.
Sesungguhnya, suatu benda tu jadi mesti ada sebab.
Pasai pa orang buang bayi?.
Pasai depa beromen (maaf kalau istilah ni kurang sesuai).
Pasai pa depa beromen?.
Pasai perbaulan bebas berleluasa.
Pasai pa boleh jadi camtu?.
Sebab persekitaran, cara hidup, dan undang-undang dah tak berterskan syariat.
Sebenarnya kalau nak mengatasi sesuatu masalah, kita mesti cari punca dan perbaiki punca tu.
Kalau nak atasi masalah pembuangan bayi ni, kita kena halang orang romen sebelum kawin la.
Macam mana nak halang?.
Kembali kepada hukum yang disyariatkan.
Pa hukuman orang beromen yang ada sekarang?.
Berjayakah hukuman tersebut atasi masalah ni?.
Tidakkah kita melihat kejayaan undang-undang pada zaman nabi?.
Al-Quran akan kekal kesuciannya sampai Hari Kiamat.
Kita kena percaya akan Al-Quran.
Laksanakan hukum yang telah disyariatkan.
Dewasa ini, kita boleh tengok kat shoping complex, berapa banyak couple dok terkepit.
Tak da sapa pun yang menghalang atau memandang serong.
Perkara ni dah macam biasa dalam masyarakat kita.
Bila perhubungan dah takda batasan, mula la jadi macam-macam yang kita tak inginkan.
Mula keluar saja.
Then mula pegang tangan.
Pastu peluk.
kemudian cium.
Lepas tu mula la aktiviti yang lebih advance.
Kepada yang mengaku muslimah, beringat la.
Tutuplah aurat sebaik mungkin.
Jaga batasan hubungan.
Diri kalian amat berharga.
Ni balak nak buat pa pun bagi.
macam tu ka cinta?.
Terutama sekali bila dah dok kat u.
Hidup dah bebas, nak pi mana pun boleh.
So, beringat la.
Kalau dah mengandung, nasi dah menjadi bubur.
Kalau tak mengandung pun, tak rasa bersalah ka?.
Kesian bakal suami.
Yakin balak korang tu akan jd suami korang?.
Jodoh ditangan kita ka, di tangan Allah?.
Semua pihak la kena amek tindakan, pemerintah, famili, masyarakat, dan terutama remaja tu sendiri.
Saya sendiri akui, usia remaja ni, tambah zaman la, memang susah.
So kalau saya menghampiri perkara-perkara camni, jangan tembak terus, kata aku hipokrik.
Aku manusia gak.
Ingat kan la aku.
p/s : mungkin ayat-ayat di atas macam tergantung, sengaja tu. Fikir-fikirkan la ya.
jom mencegah.
BalasPadammcm mana??? mulakan dengan diri kita dan orang yang dekat dgn kita.
berusahalah walau hasilnya hanya sekelumit.
berusaha selagi hayat dikandung badan.
mungkin kita kena amalkan budaya menjaga tepi kain orang..bior kita dikata busy body..janji selamat..sebb bala Allah tak turun pd sorg2..
BalasPadam