masa itu masa laa....

Rabu, 7 Januari 2009

hijrah

Bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ajaran Islam tidak dapat dipisahkan daripada tuntutan hijrah.
"Dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk seperti rasuah.
"Penagihan dadah, pil kuda, mabuk, pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pembaziran masa dan penyalahgunaan harta kerajaan," katanya dalam perutusan sempena tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi.
Kenyataan penuhnya sebagaimana berikut.
"Alhamdulillah, Allah SWT terus memanjangkan umur kita sebagai modal untuk berhamba abdi kepada-Nya dalam seluruh aktiviti hidup. Allah terus menganugerahkan kesihatan, mengurniakan pelbagai nikmat pemberian yang tidak terhitung banyaknya.
Allah terus melimpahkan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Dengan takdir Allah, sambutan dua tahun baru - Hijrah dan Miladiyyah � disambut hampir serentak.
Hijrah itu sendiri bererti perpindahan dan juga tindakan meninggalkan sesuatu khususnya perkara-perkara yang memudaratkan, buruk dan kurang menguntungkan malah merugikan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah."
Tuntutan berhijrah dan berhamba abdi kepada Allah tidak akan terlaksana kalau tidak melalui ilmu yang membawa manusia bertaqwa kepada Allah dan meyakini hari kiamat.
Tanpa ilmu ini, nafsu buas manusia akan berkembang sampai ke peringkat antarabangsa yang tidak habis-habis dengan cerita perang, pengeboman, pembunuhan, penjajahan dan seumpamanya.
Ajaran Islam sendiri tidak dapat dipisahkan daripada tuntutan hijrah, dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk.
Selain itu rasuah, penagihan dadah, pil kuda, mabuk, pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pembaziran masa dan penyalahgunaan harta kerajaan.
Sesungguhnya kita (manusia) adalah khalifah Allah yang ditugaskan menjaga Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna berteraskan kepada hukum halal haram, dosa pahala dan syurga neraka,
Kelantan telah berbuat sedaya upaya untuk mempertahankan ajaran ini. Kita yakin akan mendapat pahala di atas segala usaha, kesabaran dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, semua ibadatku, semua aktiviti hidupku dan hatta kematianku sekali pun, aku pergunakan untuk berhamba abdi kepada Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam." (maksud surah Al-An'am:162).
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia (iaitu ilmu, iman dan amal soleh). Dan kurniakanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat nanti (iaitu dapat memasuki syurga yang kekal abadi) serta lindungilah kami daripada azab siksaan api neraka," (maksud surah al-Baqarah: 201).

1 ulasan:

  1. ya Allah..kau hncurkanlah rjim zionis dan sekutunya...amin.
    nk harap obama???dia org yahudi...
    nk harap PM mesir iaitu hosni mubarak??sbenarnya dia lbih kjam dari ehud olmert...PM israel...

    ayuhlah kita berusaha sedaya mungkin utk selamatkn bumi palestin...masalah palestin masalah umat islam!!!!

    Allahuakbar!!!!

    BalasPadam