masa itu masa laa....

Sabtu, 24 Januari 2009

PRORAM SURAU TAMAN KENARI, KULIM, KEDAH

CERAMAH AGAMA

PENCERAMAH : USTAZ NIK RAZI BIN NIK MAT
(ADIK TN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT [MB KELANTAN]
TARIKH :
29 JANUARI 2009
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB



KHUTBAH JUMAAT


KHATIB : USTAZ OSMAN BIN ABDULLAH
TARIKH : 30 JANUARI 2009
KUTIPAN JUMAAT UNTUK TABUNG PALESTINE



MALAM KESENIAN ISLAM


UNTUK MENGISI DANA PEMBINAAN MASJID

TARIKH : 31 JANUARI 2009
HARI : SABTU
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SURAU TAMAN KENARI, KULIM, KEDAH DARUL AMAN


ARTIS JEMPUTAN:
  1. AZHAN ATAN (JUARA AKADEMI NASYID TV9)
  2. FAKHRUL RAZI (JUARA AKADEMI AL-QURAN TV9)
  3. KUMPULAN NASYID REMAJA HARAPAN
  4. PENTOMIN - "PENGEMBARAAN KE ALAM BARZAKH" (LIVE)

5.00 PETANG (31 JANUARI 2009) - DEMO SILAT

KAUNTER WAKAF DISEDIAKAN

Jumaat, 23 Januari 2009

PROGRAM SOLAH HAJAT DAN CERAMAH PERDANA ISU KEGANASAN ISRAEL

PENCERAMAH:
  1. YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
  2. YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
  3. YBhg TUAN HAJI MOHAMAD SABU
  4. WAKIL HAMAS
TARIKH:26 JANUARI 2009
HARI:ISNIN
MASA:7.00 MALAM HINGGA 12. MALAM
TEMPAT:STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, SERI MENANTI, ALOR SETAR, KEDAH

THOGHUT

HAMKA menyebut bahawa thoghut itu ada 3 jenis, (3 perkara ini mesti diingkari oleh umat Islam kalau mahu memiliki akidah yang benar):
  1. Patung-patung berhala yang disembah oleh manusia
  2. Hukum-hukum manusia yang bercanggah dengan hukum al-Quran
  3. Pemimpin-pemimpin soleh yang ingkar dengan hukum-hukum Allah

SUKARELAWAN KEDAH-JOM PAKAT JOIN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jaringan NGO Islam Negeri Kedah (WEHDAH) memerlukan pasukan petugas sukarelawan untuk membantu menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti:
  1. Melaksanakan kempen boikot barangan keluaran Amerika
  2. Mengatur ceramah penerangan isu semasa perkembangan Gaza
  3. Menganjurkan majlis bacaan yaasin dan solat hajat untuk keselamatan Palestin
  4. Membantu kutipan dana umat Palestin
  5. mengedarkan poster kempen
Anda dipersila mendaftar kepada:
  1. Saudara Azizan Ahmad - 0134224353 (SG. PETANI)
  2. Cikgu (B) Hj. Md Yatim Hj. Abu Samah - 0194443577 (KULIM)
  3. Pak Ali - 0134006055 (PENDANG)
  4. Ust Tarmizi - 0194618851 (LANGKAWI)

Khamis, 8 Januari 2009

JANGAN HISAP TAU

ARTIKEL NI DARI SEORANG HAMBA ALLAH
"Saya bukan seorang perokok namun saya minat nak tahu sapa owner company rokok ini. Jadi masa sa da dinner dengan bos sa yang merupakan bekas perokok tegar, sa diberitahu tentang rahsia Malboro lebih-lebih kotaknya.Dia cakap ini berdasarkan kepada pengalamannya bekerja di luar negara. Dan yang lebih memeranjatkan lagi, dia beritahu rahsia ini depan bos besar saorang Eropah Tengah yang suka hisap rokok Malboro.Rupanya kotak Malboro mempunyai makna yang tersembunyi - K K K. Cuba tengok atas, bawah dan belakang kotak.Pasti da nampak 3 K- yg menwakili Klux Klux Klan (kumpulan ektremis Anglo- Saxon) yang benci sgt dengan bangsa yg bukan kulit putih cam Negro, Arabian. Kumpulan ni dah senyap sekarang tapi sekarang bergerak dalam cara yang berlainan- perniagaan, iklan dan sbgnya. Bos saya gitau yg bos & tuan punya Malboro adalah ahli KKK dan mereka perlukan dana yg banyak bagi teruskan agenda mereka.Jadi kepada penghisap rokok Malboro, hentilah sumbangan anda kepada KKK kalo taknak kita jd cam mereka (kebanyakan mereka juga Freemason aka Yahudi aka Penyembah Setan [baca Mastika 2008]. Agenda utama mereka- New World Order (rules by them, surfer the others)".

GAZA

1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

Rabu, 7 Januari 2009

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.
Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.
Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.
Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.
Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."
Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.
Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.
Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.
Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.
Ulang tayang
Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.
Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.
Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.
Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.
Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.
Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.
Adakah harapan buat Obama?
Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.
Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.
Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.
Kerdilnya negara Arab
Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.
Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.
Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.
Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.
Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.
Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.
Mula tergadai
Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.
Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.
Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.
Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.
Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.
Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian. _

hijrah

Bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ajaran Islam tidak dapat dipisahkan daripada tuntutan hijrah.
"Dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk seperti rasuah.
"Penagihan dadah, pil kuda, mabuk, pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pembaziran masa dan penyalahgunaan harta kerajaan," katanya dalam perutusan sempena tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi.
Kenyataan penuhnya sebagaimana berikut.
"Alhamdulillah, Allah SWT terus memanjangkan umur kita sebagai modal untuk berhamba abdi kepada-Nya dalam seluruh aktiviti hidup. Allah terus menganugerahkan kesihatan, mengurniakan pelbagai nikmat pemberian yang tidak terhitung banyaknya.
Allah terus melimpahkan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Dengan takdir Allah, sambutan dua tahun baru - Hijrah dan Miladiyyah � disambut hampir serentak.
Hijrah itu sendiri bererti perpindahan dan juga tindakan meninggalkan sesuatu khususnya perkara-perkara yang memudaratkan, buruk dan kurang menguntungkan malah merugikan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah."
Tuntutan berhijrah dan berhamba abdi kepada Allah tidak akan terlaksana kalau tidak melalui ilmu yang membawa manusia bertaqwa kepada Allah dan meyakini hari kiamat.
Tanpa ilmu ini, nafsu buas manusia akan berkembang sampai ke peringkat antarabangsa yang tidak habis-habis dengan cerita perang, pengeboman, pembunuhan, penjajahan dan seumpamanya.
Ajaran Islam sendiri tidak dapat dipisahkan daripada tuntutan hijrah, dan paling pentingnya ialah hijrah rohani iaitu hijrah meninggalkan aqidah syirik, fahaman sekular yang mempertuhankan kebendaan, meninggalkan dosa, maksiat dan akhlak yang buruk.
Selain itu rasuah, penagihan dadah, pil kuda, mabuk, pendedahan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pembaziran masa dan penyalahgunaan harta kerajaan.
Sesungguhnya kita (manusia) adalah khalifah Allah yang ditugaskan menjaga Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna berteraskan kepada hukum halal haram, dosa pahala dan syurga neraka,
Kelantan telah berbuat sedaya upaya untuk mempertahankan ajaran ini. Kita yakin akan mendapat pahala di atas segala usaha, kesabaran dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, semua ibadatku, semua aktiviti hidupku dan hatta kematianku sekali pun, aku pergunakan untuk berhamba abdi kepada Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam." (maksud surah Al-An'am:162).
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia (iaitu ilmu, iman dan amal soleh). Dan kurniakanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat nanti (iaitu dapat memasuki syurga yang kekal abadi) serta lindungilah kami daripada azab siksaan api neraka," (maksud surah al-Baqarah: 201).